Ruangan Pelajar



Para pelajar sekalian, sila uji kecekapan anda dalam fakta asas dengan menekan pautan berhuruf merah. Rekodkan pencapaian dalam bahagian ulasan sebaik sahaja anda selesai. Terimakasih kerana mencuba.1:Mainan M3
















Kata Banyak Makna


Kata
Makna
Contoh Ayat

akal

1.  ikhtiar
2.  fikiran
1.  Basri mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya itu.
2.  Manusia dikurniakan akal untuk membezakan antara baik dengan jahat.


bekas
1.  tanda-tanda yang ditinggalkan; kesan
2.  dahulunya; pernah menjadi
3.  hasil buatan
1.  Bekas parut di lengannya akibat terjatuh dari basikal masih kekal hingga sekarang.
2.  Kini anak-anaknya tinggal bersama bekas isterinya.
3.  Pasu itu bekas sentuhan tangannya sendiri.


cerah
1.  terang
2.  jernih
3.  berseri;tidak muram
4.  baik; bahagia;elok
5.  berakal;cerdik
1.  Cuaca hari ini diramalkan cerah.
2.  Jam tangan berjenama dipamerkan di dalam peti kaca yang cerah.
3.  Wajahnya kelihatan cerah selepas diumumkan sebagai pemenang.
4.  Kehidupan Encik Hassan kini cerah selepas mendapat pekerjaan baru.
5.  Faridah satu-satunya anak Pak Bakar yang cerah otaknya.



3 ulasan:

ONG FANG TING berkata...

maklumat ini sesuai untuk anak murid kita! syabas!

SIE WEE LING berkata...

Video yang menarik.

Chiew Ngah See berkata...

Video yang menarik dan sesuai untuk murid.

Mengenai Saya

Foto saya
Simunjan, Sarawak, Malaysia
No.ID : D20112054643 Kumpulan EL : Q03