Kenang-kenangan

AQILAH SYAZWANI BINTI JUNAIDI
Inilah puteri bongsu saya yang telah mewakili Sarawak dalam Pertandingan Bercerita Tahap 1 sempena Karnival Bahasa Melayu yang diadakan di Hotel Empress, Sepang, Selangor Darul Ehsan pada 3 Oktober 2012 yang lalu. Sekalung tahniah diucapkan walaupun gagal meraih tiga tempat terbaik.



Sebahagian kecil murid-murid Tahun 3 sedang beraksi dalam Pertandingan Action Song peringkat daerah Simunjan. SK Abang Kadir Gedong telah menjuarai pertandingan ini. Kumpulan ini telah dipilih mewakili Daerah Simnjan ke pertandingan berkenaan di peringkat bahagian. Di bahagian hadapan ialah Fareez Syahmi , Nur Aliah Shahirah dan Ahmad Aiman. Syabas diucapkan kepada mereka.


***********************
Santai



<iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/dP2jjMg1_EQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>


BACAAN ASAS 10 PERTAMA & RANGKAIAN ZIKIR
   
Pendahuluan
Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat.Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesem­buhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat bina­tang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah.Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber­kata:


“Kami diberitahu bahawa saudara datang de­ngan membawa kebajikan.Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi?Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.

Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.


Tiada ulasan:

Mengenai Saya

Foto saya
Simunjan, Sarawak, Malaysia
No.ID : D20112054643 Kumpulan EL : Q03