Sabtu, 20 Oktober 2012

Cubit sikit je...

Manusia Paling Malas

Tersebutlah kisah pada zaman dahulu kala, ada sebuah perkampungan yang mempunyai penduduk yang amat rajin. Boleh dikatakan hampir tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, Penghulu membuat pengumuman untuk mencari seorang yang malas atas arahan Sultan untuk dikurniakan bantuan. Semasa perhimpunan pemilihan dibuat, beberapa orang penduduk kampung itu mengaku bahawa dia adalah orang yang paling malas.


Lelaki A : Saya adalah orang yang paling malas di kampung ini.

Penghulu : Buktikan .
Lelaki A : Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya.
Penghulu : Oh...! malasnya.
Perempuan Tua : Tok Penghulu, saya lebih malas daripada dia.
Penghulu : Cer cita..cer cita, tahap kemalasan kamu tu.
Perempuan Tua : Nak makan pun saya malas. Kalau saya hendak makan, sampai ada orang yang tolong kunyahkan makanan itu untuk saya.
Penghulu : Ya...lah. Kamu ni memang pemalas betul.
Budak Lelaki : Itu belum malas lagi Tok Penghulu. Saya lebih malas daripada dia.
Penghulu : Ada lagi....... Cuba terangkan setinggi mana darjah kemalasan kamu?
Budak Lelaki : Nak cerita pun malas

Begitulah ceritanya.Cuba fikirkan siapa yang akan diisytiharkan oleh Penghulu sebagai "Johan Pemalas" di kampung itu. Tinggalkan jawapan anda di bahagian komen. Sudi..sudikan

Terimakasih

Selasa, 25 September 2012

Fikirkanlah........

Adakah anda pakar matematik? Cuba selesaikan masalah ini.
       Sebelum meninggal dunia, Pak Abung telah membuat wasiat: "Saya ada 17 ekor lembu. Jika saya meninggal dunia, bahagikanlah lembu-lembu itu kepada 3 orang anak saya. Anak sulung saya, berilah dia 1/2 daripada lembu saya. Anak kedua pula, beri dia 1/3 daripada bilangan lembu saya. Anak ketiga saya, berilah dia 1/9 daripada bilangan lembu saya."
       Setelah hampir 3 bulan berlalu, Pak Abung pun meninggal dunia. Anda sebagai pemegang amanah Pak Abung diminta melaksanakan wasiat tersebut. Bagaimanakah anda menyelesaikan tugas anda dengan seadil-adil tanpa mengorbankan seekorpun daripada 17 ekor lembu Pak Abung itu? Berikan jawapan anda di bahagian komen.
       Selamat Beramal.

Mengenai Saya

Foto saya
Simunjan, Sarawak, Malaysia
No.ID : D20112054643 Kumpulan EL : Q03